Tular murid tolak kereta masa banjir, ada yang celupar kata bapa tak reti servis! Rupanya bapa dah lama meninggal

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan seorang lelaki meninggalkan komen mengenai kereta yang rosak di tengah fenomena banjir mengundang padah.

Hal ini kerana, lelaki tersebut tanpa berfikir panjang telah menulis komen yang menyinggung perasaan mangsa terlibat.

Semalam, tular sebuah video menunjukkan dua orang remaja yang lengkap beruniform sekolah terpaksa menolak kenderaan di tengah air bah.

Lalu, Norhisyam Hasim tanpa usul periksa telah menyalahkan bapa remaja terbabit atas kejadian yang menimpa mereka.

Katanya, insiden itu akan dapat dielakkan sekiranya bapa mereka menghantar kenderaan tersebut ke pusat servis.

“Kat mana tu? Kesian, bapaknya pun, servis la kereta tu pun,” tulisnya di ruangan komen video yang mendapat lebih 100,000 tontonan itu.

Komen tersebut kemudian dibalas oleh mangsa yang begitu terkesan dengan penulisan tersebut kerana bapanya sudah meninggal dunia.

Katanya, arwah bapanya sering menghantar kereta yang sering rosak itu ke pusat servis, namun kereta itu tetap tidak boleh berfungsi secara sedia kala.

“Ayah saya dah meninggal jangan cakap bukan-bukan pada arwah ayah saya sebab ayah saya selalu servis bukan tak pernah servis memang kereta rosak selalu nak buat macam mana kan.

“Haah, tersinggung. Kalau tidak tahu apa-apa lebih baik diam,” ciap mangsa yang menggunakan nama @nunrhmn di laman aplikasi Twitter.

Hujan lebat yang berterusan di beberapa kawasan daerah Kuantan menyebabkan bandar ini kembali dilanda banjir.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 44 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Baca juga: Pengunjung tiada tempat untuk letak kenderaan, pemuda bengang Majlis Bandaraya keluar surat saman di hari Ahad