Rakaman video menyayat hati memaparkan seorang bayi yang baru dilahirkan di bawah runtuhan di utara Syria tular di media sosial baru-baru ini.
Bayi yang dijumpai dengan tali pusat masih melekat dengan ibunya itu merupakan satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam tragedi terbabit.
Difahamkan, suara tangisannya membuatkan bayi itu berjaya ditemukan oleh saudaranya di bawah runtuhan bersama ibu dan bapanya.
Malangnya, kedua orang tuanya sudah tiada dan ibunya meninggal dunia sejurus selepas melahirkan anak dalam keadaan yang serba kekurangan itu.
Sepupu bapa bayi, Khalil Al-Suwadi berkata dia dan saudaranya mula mendengar suara tangisan apabila mereka menggali dengan lebih dalam.
Selesai menggali, mereka kemudian membersihkan sisa runtuhan dan menjumpai bayi yang masih bertali pusat itu.
Untuk menyelamatkannya, mereka memotong tali pusat itu dan menyerahkannya kepada ahli keluarga lain untuk dihantar ke hospital.
“Sebelum ini kami tidak mendengar sebarang bunyi, tetapi kami dapat mendengarnya (tangisan) apabila menggali dengan lebih dalam. SubhanaAllah.
“Kami menjumpai bayi itu masih terikat dengan tali pusat. Jadi kami memotongnya dan serahkan kepada sepupu saya sebelum dibawa ke hospital di Afrin,” katanya.
Pihak berkuasa memaklumkan setakat ini, tragedi gempa bumi itu gelah mengorbankan lebih 1,600 orang di Syria manakala 3,400 orang terbunuh di Turkiye.
Baca juga: Tuntut waktu kerja 45 jam, gadis dan empat rakan dibuang kerja