Filem Mechamato telan belanja RM30 juta berjaya rangkul anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award

Oleh KIM SYAZIE

Filem Mechamato yang menelan kos sebanyak RM30 juta berjaya merangkul anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF).

Kemenangan filem animasi terbitan Astro itu menyaksikan Mechamato menewaskan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

Berita ini diumumkan menerusi laman rasmi TAAF, semalam.

TAAF2023 secara keseluruhan menerima 183,364 undian manakala Mechamato telah mendapat 40,590 undian daripada jumlah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak meluahkan keterujaan dengan kejayaan Mechamato dan berterima kasih kepada semua yang tanpa henti mengundi animasi tersebut di TAAF 2023.

“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival!,” ciapnya di Twitter.

Dalam pada itu, Nizam turut berterima kasih kepada pengundi yang telah menyokong filem ini sekali gus diangkat sebagai filem animasi pertama luar Jepun memenangi anugerah ini.

Mechamato Movie mengisahkan remaja lelaki, Amato yang menjumpai kapal angkasa penjara yang membawa robot jahat terhempas di bumi.

Satu daripada robot itu ialah MechaBot yang mempunyai kebolehan bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi