Zaman sekarang nak beli barang semua dihujung jari, malah boleh juga membuat pembayaran selepas barang sampai.
Ia menyenangkan banyak pihak yang mungkin tidak pandai menggunakan bank atas talian, maka Cash on Delivery (COD) menjadi pilihan.
Bagaimanapun tindakan sesetengah pihak yang malas untuk keluar dari rumah, menyusahkan pihak penghantaran kerana menggunakan kaedah COD.
Seorang pemuda, Danial Bunari meluah rasa kesal melihat tindakan pembeli yang mahu guna kaedah tersebut walhal sebenarnya tiada duit.
“Kenapa mentaliti pengguna, beli barang guna COD dan menyusahkan semua pihak? Tidak kira penjual, penghantar kadang tu jiran sebelah pun disusahkan.
“Kebanyakan yang COD ni penduduk flat, rumah setinggan, rumah teres yang lorong penuh dengan kereta parkir kat tengah jalan.
“Kalau penghantar pulangkan balik barang ke hub sebab tak dapat bayaran, pandai pula marah dekat WhatsApp,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Seorang pengguna Facebook, Shahir Jamain berkongsi mengenai alasan diterima rakan yang bekerja di satu syarikat penghantaran.
“Betul. Kawan saya kerja Shopee Express selalu mengeluh pasal COD ni. Ada yang belum gaji la, duit tak ada lagi la.
“Habis tu gatal tangan nak beli. Tapi kalau dapat rumah orang kaya senang cerita. Siap letak duit dalam ang pow,” katanya.
Buat para pembeli pastikan ada duit jika mahu membeli barang terutamanya dengan kaedah COD, jika tiada di rumah letak siap-siap dalam sampul atau bayar secara atas talian.
Baca juga: Bergurau nak sambut hari lahir di McDonald, rakan jadikan ia kenyataan