Bagi yang kerap memesan makanan atas talian atau menerusi aplikasi penghantaran makanan pasti kadangkala risau dengan air yang dihantar.
Mungkin memahami isu atau pernah mengalami masalah air tumpah ketika menghantar, pemuda tekad membuat tempat letak khas dalam kotak penghantaran.
Menggunakan empat bekas plastik yang diikat bersama, lelaki tersebut menunjukkan cara bagaimana air tidak akan tumpah walaupun melalui jalan berlubang,
“Ada yang cakap mengarut dan tak ada fungsi. Tapi lihat ni bila letak cawan air, goncang kuat macam mana pun air tak tumpah,” katanya dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Waganet memuji idea tersebut malah memuji pemuda itu kerana mahukan makanan sampai dengan selamat kepada pembeli.
“Baru betul kerja guna otak. Semoga dilimpahkan rezeki bahagia selalu bang dan sentiasa besemangat,” komen @muhd_izam.
“Ciri ciri orang bekerja dengan ikhlas. Tahniah, usaha 100 peratus untuk pastikan amanah makanan orang sampai dalam keadaan selamat,” tambah @nazsm.
Jika dilihat, rakyat Malaysia selalunya kreatif tidak kira apa bidang diceburi malah mereka juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu bersama pengguna lain.
Baca juga: Dipaksa bertugas ketika cuti sakit, pemuda akhirnya ‘bersara’ di meja pejabat