Pemandu Tesla nyenyak tidur, pengguna lain bunyikan hon bimbang pengsan

Oleh KIM SYAZIE

Kereta elektrik Tesla boleh dipandu tanpa pemandu memegang stereng, jadi tidak terkejutlah jika ada pemandu yang tertidur.

Tetapi ini mencetuskan kebimbangan pemandu lain apabila melihat wanita tersebut tidur dalam kenderaan yang sedang bergerak.

Wanita tersebut dirakam pengguna jalan raya lain di Lebuhraya 15 berhampiran Temecula, California.

Vasiliki Dolas dan pasangan merakam pemandu yang tertidur itu pada Khamis lepas lapor portal People.

Dolas dikatakan mengikuti kereta terbabit selama hampir 15 minit sebelum menghubungi pihak polis.

“Kami mula membunyikan hon untuk cuba menarik perhatiannya kerana mungkin dia mengalami kecemasan kesihatan atau sesuatu,” katanya.

Pegawai Peronda Lebuhraya California (CPH) Mike Lassig memberitahu KTVU bahawa pegawai tidak mengejar pemandu sesuka hati.

Tambahan pula situasi tersebut tidak jelas sama ada pemandunya memerlukan bantuan kecemasan atau hanya tertidur.

Baca juga: Beli kek nak bayar COD, pemuda berang bila dah hantar sampai rumah terus ‘cancel order’