Bab penjual insurans ini tidak perlu dikaitkan degan bangsa kerana ini adalah masalah individu, ada yang rajin dan ada yang tidak.
Mungkin wanita ini berurusan dengan orang yang salah, namun tidak perlu menyalahkan bangsa hanya kerana sikap satu individu.
Seorang wanita, Lyn meluahkan rasa tidak puas hati dengan bekas ejen insurans yang diambilnya selepas dikatakan sukar dihubungi.
“Kenapa ya ejen berbangsa Melayu ini suka muat naik gambar makan mewah, bercuti luar negara, kereta mewah dekat media sosial.
“Padahal duduk rumah teres dan pandu kereta Viva, perkhidmatan pun teruk.
“Kalau nak banding dengan bangsa lain, perkhidmatan hebat dan tak ada pula tayang kekayaan di media sosial,” ujarnya dalam hantaran di facebook.
Wanita itu turut berkongsi pengalaman bagaimana dia lambat buat tuntutan kerana ejen sibuk bercuti hingga lambat memberi maklum balas.
Warganet bagaimanapun tidak bersetuju dengan wanita tersebut kerana memainkan bangsa dalam isu ini.
Ejen insurans saya orang melayu. Pukul tiga pagi anak saya masuk hospital pun dia masih bagi kerjasama.
“Tak pernah tak layan urusan saya, harap jangan mainkan isu perkauman sebab ini adalah masalah sikap individu sendiri,” komen pengguna facebook.
Baca juga: Pemandu Tesla nyenyak tidur, pengguna lain bunyikan hon bimbang pengsan