Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan tidak perlu lagi menampal atau pamer pelekat cukai jalan di bahagian depan cermin kereta.
Namun ini tidak bermakna anda tidak perlu membayar untuk perbaharui cukai jalan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Seorang runner akui terkejut apabila dihubungi pelanggan yang mahu membatalkan pembaharuan cukai jalan mereka sejurus pengumuman keluar.
Memetik Kosmo, Nadiyatul Husna Mustajab, 37, pada mulanya berfikir sudah hilang pekerjaan namun rupanya hanya salah faham.
“Saya jelaskan kepada pelanggan bukan tidak perlu perbaharui cukai cuma tidak perlu ditampal pada cermin kenderaan sahaja,” katanya.
Buat masa ini, Nadiyatul masih mengekalkan proses perbaharui cukai jalan yang disertakan dengan pelekat cukai jalan.
Tambahan pula satu pesanan yang diterima mendapat untung RM10, jika benar pelekat dimansuhkan maka ada kemungkinan pekerja dikurangkan.
“Satu pesanan untung sekitar RM10 sahaja, dalam sebulan kira-kira RM4,000 dan perlu bayar gaji pekerja dan sewa kedai lagi.
“Kalau dimansuhkan penggunaan pelekat terbabit tidak mustahil kami terpaksa berhentikan pekerja runner yang menguruskan cukai jalan,” ujarnya.
Tak kisah tampal pelekat atau tidak, yang penting jangan lupa bayar cukai jalan kalau tidak kena saman nanti.
Baca juga: Gigih cari duit kahwin, abang Grab terkejut dapat tip RM500