Lelah dikecam mata duitan, Fatin Afeefa akui penat tanggung biawak hidup

Oleh KIM SYAZIE

Sejak mendirikan rumah tangga bersama jutawan pelaburan, Fatin Afeefa sering dilabel pisau cukur kerana terlihat ‘redha’ dengan perlakuan buruk suaminya.

Lebih memburukkan keadaan, suaminya, Aliff Awang berpendapat dirinya berhak bertindak sedemikian kerana dia yang menanggung segala perbelanjaan isterinya.

Walaupun ada yang berkata perilaku Aliff itu sebenarnya wayang marketing, namun adakalanya ia terlihat terlalu berlebihan dari sudut mata orang luar.

Oleh yang demikian, Fatin yang tidak pernah menegur tindak tanduk Aliff itu dikatakan bertahan hanya kerana status usahawan itu yang bergelar jutawan.

Orang ramai turut menasihati Fatin agar tidak terus dibuai kemewahan serta membiarkan dirinya tidak dihormati sebagai wanita oleh suaminya.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin itu bertindak mempertahankan suaminya menerusi sesi TikTok Live.

Menurutnya, dia lebih selesa hidup bersama suaminya daripada lelaki yang baik tetapi tidak berkemampuan atau biawak hidup.

Mungkin pernah melalui pengalaman yang menyakitkan, Fatin akui penat menanggung lelaki yang tidak mempunyai pendapatan.

“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

“Biar saja dia (Aliff). Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tidak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja,” kata Afeffa.

Sepuluh tahun lalu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Adam Shahz sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

Baca juga: Sering update isu semasa di media sosial, warganet pelik bagaimana Najib dapat akses internet di penjara