Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah, jadi antara yang ditunggu-tunggu adalah solat sunat Tarawih dan tak lupa bazar ramadan dan karnival Aidilfitri.
Selalunya ramai yang memilih untuk membeli baju raya secara fizikal di karnival kerana lebih senang melihat saiz.
Seorang pengguna media sosial bagaimanapun memuat naik gambar harga tapak karnival AidilFitri di Kedah yang mencecah angka RM24,000.

Melihat angka tersebut maka warganet sudah memahami bahawa harga baju Melayu dan baju kurung akan lebih mahal untuk menampung kos tapak tersebut.
“Ambil tapak sampai RM24,000, kemudian jual baju raya RM120 sepasang sebab nak bayar sewa tapak. Pakai baju Melayu lama sudah, yang penting raya,” ujar Hasnie Hasan.
“Kalau tapak dah mahal macam ini, tentu harga barang pun kena lipat. Nak harap pembeli yang cover balik, sakitlah.
“Ni yang kata kos sara hidup naik, harga barang pun macam yahudi,” tambah Modiusuri Doressar.
Diharapkan pengguna lebih bijak dalam membeli barang, jika terlalu mahal maka carilah yang lain dan jangan pula cari saat akhir nanti semakin mahal.