Dalam hantaran yang tular di Facebook, pemandu bas dua tingkat itu menunjukkan rakaman kamera keselamatan yang jelas terlihat ada penumpang di bahagian tingkat atas.
Gambar entiti misteri itu dapat dilihat pada skrin tempat duduk pemandu.
Difahamkan, insiden seram 10 Februari lalu itu berlaku ketika pemandu berkenaan menamatkan syif kerja pada waktu awal pagi.
Berdasarkan rakaman kamera keselamatan sebelum itu, tiada seorang pun penumpang berada di dalam bas.
“Dia melihat terdapat seseorang sedang duduk di aras atas bas namun, bas tersebut ketika itu tidak mempunyai penumpang.
“Pemandu membuat keputusan untuk memeriksa keadaan bas. Apa yang mengejutkan adalah tiada sesiapa pun di situ (kerusi yang menunjukkan imej penumpang),” demikian menurut keterangan video tersebut.
Pemandu bas kemudian didengari memarahi entiti yang mengganggunya dan menegaskan bahawa dia hanya bekerja.
Video tersebut kemudian tular di media sosial dan dikongsi berkali-kali oleh orang ramai dengan ada yang berkongsi pengalaman sama, mendakwa kerja-kerja di sektor pengangkutan memang sering berdepan hal sedemikian.
Baca juga: Lelah dikecam mata duitan, Fatin Afeefa akui penat tanggung biawak hidup