Jerit dan menangis setiap kali program motivasi, warganet minta sekolah jemput yang berkelayakan

Oleh KIM SYAZIE

Program motivasi ini daripada tahun 90-an sampai sekarang tidak berubah kaedahnya, pelajar sentiasa dimomokkan dengan ibu bapa.

Pastinya akan ada ayat seperti ‘bayangkan anda bali ke ruamh dan nampak sekujur tubuh di ruang tamu’.

Terdapat pelbagai cara untuk ber motivasi kepada pelajar sekolah, bimbing mereka untuk mencari minat sebenar untuk diteruskan selepas habis belajar.

Seorang pengguna Twitter, @nabilfikran10 mempersoal kenapa masih ada sekolah yang menjemput motivator yang tidak sesuai untuk pelajar.

“Bodoh punya motivator, sekolah yang panggil motivator ni pun bodoh juga,” katanya.

Warganet meminta campur tangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq untuk menapis siapa yang layak beri motivasi di sekolah.

“Boleh tak Menteri Pendidikan @FadhlinaSiddiq halang orang macam ni daripada memberi ‘motivasi’?

“Tolong hubungi pakar atau orang yang ada latar belakang psikologi, jika tidak maka sekolah akan habiskan jutaan ringgit bayar ‘scammer’ ini,” ujar pengguna Twitter, @HM_DaKieng.

Lebih baik jika sekolah dedahkan pelajar dengan bidang yang mereka boleh ceburi di peringkat universiti daripada bazirkan masa pelajar dengan program tidak berfaedah.

Baca juga: Buat ‘fashion show’ di laluan pejalan kaki, pemuda sindir dapat baju ilham daripada ‘Teletubbies’