Seorang model Ukraine mendakwa dia ditahan imigresen Malaysia kerana wajahnya berbeza dengan gambar di dalam passport.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang solekan sewaktu berkunjung di Malaysia.
Model bernama Tatiana Lim itu tidak menyangka tindakannya mengundang padah apabila ditahan oleh pegawai imigresen.
Menurut Tatiana, pegawai itu menghalangnya dari melepasi kaunter ketika memeriksa gambar di passport miliknya.
Hal ini kerana pegawai terbabit mendapati wajah yang terpapar itu terlihat sangat berbeza dengan dirinya yang sebenar.
Tatiana berkongsi kejadian yang berlaku di Hari Valentine itu menerusi sebuah hantaran Instagram (IG) story di akaun miliknya.
“Saya baru tiba di Malaysia, kastam tidak membenarkan saya masuk. Mereka kata saya kelihatan berbeza dari passport saya.
“Saya, sememangnya kelihatan berbeza,” katanya yang turut memuat naik gambarnya tanpa sebarang solekan.
Gadis cantik yang meluaskan kerjayanya di Taiwan itu berkunjung ke negara ini bersama teman lelakinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Walaupun pada akhirnya Tatiana dilepaskan, namun insiden tersebut diharapkan dapat memberi pengajaran kepada pembaca kerana tidak semua orang bernasib baik.
Baca juga: Tawar gaji RM4,500 kepada peguam pelatih, netizen nasihat banyak beban kerja yang bakal digalas