Keputusan Syamsul Yusof untuk mencelah petisyen perintah injuksi antara Puteri Sarah dan isteri kedua mendapat perhatian orang ramai.
Akui terkejut dengan tindakan suaminya, namun pelakon itu tidak gentar malah akan tetap berusaha demi keadilan.
“Saya tak jangka perkara ini malah hanya tahu selepas peguam memaklumkan dua hari lalu ketika saya sedang ‘shooting’.
“Tapi saya tak takut, lawan tetap lawan. Saya takkan berundur dan saya pun dah beritahu kepada ibu bapa mentua yang turut memberikan sokongan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Bagaimanapun persengketaan antaranya dan suami tidak menghalang hubungan Syamsul dengan anak-anak.
Menurut Sarah, Syamsul ada berhubung dengan anak-anak semasa di Mekah dan Madinah tetapi komunikasi mereka berdua hanya menerusi peguam.
Sarah juga memaklumkan bahawa Syamsul ada meminta untuk berbincang tapi disebabkan mereka sudah berada di fasa perundangan, maka tidak perlu lagi sesi perbincangan.
“Memang tiada pujukan pun sebab saya dah beritahu kalau nak cakap apa-apa kena melalui peguam saya sahaja. Saya dah tak mahu berbincang lagi,” tambahnya.
Baca juga: Cukuplah 9 tahun bergelar isteri, Puteri Sarah anggap sudah tiada rezeki bersama