Guna gambar anak untuk iklan tapi tak bayar, ibu kecewa ada yang ambil kesempatan

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ramai mengenali kanak-kanak ini disebabkan ‘sticker’ yang sering dikongsi di aplikasi WhatsApp namun ada pihak mengambil kesempatan atas gambar tersebut.

Namun ada sesetengah yang telah menyalahgunakan gambar kanak-kanak comel, Rohee untuk promosi produk mereka.

Berang dengan sesetengah pihak yang menggunakan wajah anaknya tanpa membayarnya, ibu tersebut menerusi Instagram @jinmiran_ memohon agar gambar itu dipadam.

Bukan hanya jenama kecil, malah ada jenama terkemuka yang menggunakan gambar anaknya tanpa kebenaran malah menerima banyak laporan mengenainya.

Walaupun gambar yang digunakan adalah daripada ‘sticker’ WhatsApp, warganet memahami mengapa si ibu berang dengan situasi tersebut.

“Ini adalah tidak normal, Rohee adalah anaknya dan kita perlu menghormati itu.

“Iklan itu adalah untuk perniagaan dan di letak di akaun rasminya , maka dia ada hak untuk marah,” komen pengguna Instagram.

Seorang pengguna Instagram @frhaanim menasihati wanita itu unuk memadam akaun anaknya.

“Saya rasa sudah tiba masa anda untuk tutup akaun media sosial atau berhenti meletakkan gambar anak di akaun.

“Saya penat melihat orang menyalahgunakan gambar anak. Letak semua memori gambar anak di akaun peribadi atau dalam album seperti orang lama,” ujarnya.

Pastinya ibu ingin berkongsi mengenai anaknya kepada umum namun pihak lain perlu bertanggungjawab dalam menggunakan gambar yang bukan milik anda.

Baca juga: Banyak kerenah di kaunter pam minyak, warganet kongsi dah bayar tapi tak isi