Konon nak marah sebab penghantar tak mahu naik atas, sekali kena perli pemalas dengan netizen

Oleh KIM SYAZIE

Sebagi pembeli barang atas talian, kita sepatutnya lebih peka dengan penghantar yang mempunyai masa terhad untuk menghantar parcel.

Setiap penghantar mungkin ada beratus parcel yang perlu dihantar dalam masa sehari jadi tak pelik jika barang anda sampai lambat.

Seorang pengguna Facebook mengadu dalam ‘Shopee Express Buat Hal Apa Hari Nih?’ mengenai penghantar yang dikatakan malas untuk naik ke tingkat empat.

“Courier (penghantar) malas nak naik atas hantar dekat tingkat 4, dia nak masukkan dalam mailbox (peti surat).

“Saya suruh hantar atas, sebab mailbox kunci, suami pergi kerja bawa kunci mailbox tu.

“Akhirnya dia buat parcel lost (hilang) je. Ni pun sampai ke sudah tak sampai lagi,” kata pengguna tersebut.

Rata-rata netizen menemplak pengguna tersebut kerana dia juga malas untuk turun mengambil barang walhal tingkat empat sahaja.

“Kalau mailbox kunci, kenapa tak turun bawah ambil? Tak faham betul aku, benda senang. Kalau dkt situ ada 10 parcel takkan 10 kali rider nak kena turun naik?” komen Jasmine Arny Shaferi.

“Ada juga dulu kena hantar barang kat tingkat 4 tapi kita call (buat panggilan) je lepas tu pelanggan tu turunkan bakul pakai tali,” ujar Firash Mukhriz.

Dalam hal ini pembeli dan penghantar perlu memahami situasi, jika tiada halangan maka tidak salah untuk pembeli turun mahupun penghantar untuk naik.

Baca juga: Terkejut suami nak mencelah, Puteri Sarah tak takut dan tetap teruskan kes