Zaman sekarang banyak peniaga yang menggunakan siaran langsung di media sosial semasa proses jual beli.
Hal ini sedikit sebanyak membantu hubungan di antara pembeli dan penjual kerana boleh saling berhubung.
Satu video dimuat naik di Twitter oleh seorang pengguna media sosial menunjukkan seorang pelanggan meminta untuk menyimpan makanan buatnya menerusi siaran langsung.
Wanita tersebut dikatakan mahu membeli tapi masih berada di klinik dan takut nasinya habis apabila dia mahu ke kedai.
Tidak menghampakan, wanita tersebut tiba selepas selesai urusannya di Klinik.
Rata-rata warganet akui terkejut tetapi memuji kesopanan penjual tersebut dan caranya yang kreatif semasa berniaga.
“Aku suka peniaga macam ini, cakap pun sopan dan cara kreatif. Semoga kita maju sama-sama,” ujar @psikosong.
“Patutlah ada kawan pejabat yang rajin betul menghadap TikTok, daripada masuk pejabat sampai balik kerja. Rupanya ada macam-macam dalam aplikasi ni,” kata @sysepet.
Tetapi masih terdapat segelintir pengguna yang menipu para penjual dengan mengunci makanan semasa siaran langsung namun tidak pernah hadir untuk mengambil dan membayar.
Baca juga: Isteri tak mahu dakwa suami walaupun dipukul semasa ‘live’