Pastinya peniaga banyak berhadapan dengan kerenah pelanggan yang pelbagai namun janganlah sampai menipu bila melibatkan hal makanan.
Apatah lagi makanan dan minuman akan menjadi darah daging nanti, maka jangan ambil ringan bila isu melibatkan hal ini.
Seorang pekerja kedai kopi, Mieja (@mieja_ibrahim) meluahkan rasa kecewa apabila mendapat emel daripada pihak Shopee mengenai pelanggan yang meminta kembali duit kerana salah pesanan.
Tidak hanya itu pihak Shopee dikatakan sudah memulangkan semula duit pelanggan dan menolak wang daripada ‘wallet’ kedai tersebut.
Namun apabila diteliti semula gambar yang diberikan sebagai bukti, pekerja tersebut melihat plastik bukanlah dari kedainya.
Wanita tersebut malah melihat litar kamera tertutup (CCTV) dan apabila dilihat air yang dibuat adalah Matcha seperti yang diminta pembeli.
“Jangan menipu begini. Makan/minum ni jadi darah daging kita. Kalau rasa nak minum percuma sebab terlalu tak mampu, datang kedai, minta cara baik.
“Dapat cam sebab orang sama yang request refund. Kita check cctv balik lihat timestamp, hubungi penghantar, kita dipihak yang betul.
“Bukti daripada pelanggan pun nampak sangat bukan plastik kedai. Pekerja saya tak tulis macam ni, kami tak pernah buat ini,” ujarnya.
Jika tiada duit maka janganlah aniaya penjual dengan cara begini.
Baca juga: Isteri tak mahu dakwa suami walaupun dipukul semasa ‘live’