Ibu mentua paksa bagi anak dekat kakak ipar, alasan suami pula tak boleh guna

Oleh KIM SYAZIE

Isu ambil anak angkat buat pasangan berkahwin bukanlah perkara besar namun jangan pandnag rendah akan tanggungjawab yang dipikul.

Wanita mana yang mahu menahan sakit selama sembilan hanya untuk anak itu diberikan kepada orang lain, hatta keluarga sendiri sekalipun.

Seorang pengguna Facebook, Kanda Ting Tong berkongsi kisah sedih tersebut yang pada mulanya dikatakan hanya rekaan namun sebenarnya kejadian itu adalah benar.

Wanita tersebut dikatakan semakin tertekan akibat desakan ibu mentua untuk menyerahkan anak kedua kepada kakak ipar kerana kakaknya itu tidak mempunyai zuriat.

Sedang mengandung 32 minggu, wanita tersebut tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan anak diambil tapi tidak didengari keluarga sebelah suami.

Alasan yang diberikan ibu mentua adalah, tunggu bila besar nanti kalau anak tu nak kembali, ambillah balik.

Justeru itu wanita itu terkenang kembali bagaimana dirinya juga pernah dibuang ibu, malah sehingga sekarang ibunya tidak mengakunya sebagai anak.

Sang suami pula melepaskan tanggungjawab kerana mahu anaknya itu diberikan kepada kakaknya sendiri.

ibu
Tangkap layar luahan hati wanita tersebut.

Pengguna Facebook, Aaina Hasan meluahkan rasa kecewa terhadap keluarga lelaki yang tidak memahami situasi.

“Aku, part mak mentua dia mintak anak suruh bagi kat anak dia tu aku tak hangin (marah) sangat. Sebab pada aku, kalau kau dah cakap tak nak bagi, tak nak la jawapan dia. Yang suami pula sibuk nak stabilkan ekonomi.

“Kakak ipar dia kalau nak anak angkat, banyak je dekat luar bayi yang ditinggalkan ataupun jadilah ibu susuan macam MizzNina. Ambil anak adik sebab percuma je kan,” ujarnya.

Pelbagai cara boleh dilakukan pasangan yang tidak dikurniakan zuriat sendiri, janganlah menjadi pemisah anak dan ibu jika mereka tidak rela.

Baca juga: Buat-buat ‘lag’ masa isteri tanya beli apa untuk dia, keletah Syamel undang ketawa