Tular sebelum ini apabila satu portal media membuat dakwaan bahawa bekas Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun pembantu kepada Mahiaddin menafikan bahawa beliau ditahan SPRM seperti yang didakwa oleh portal Harapan Daily.
Memetik FMT, setiausaha akhbar Mahiaddin, Hafiz Abdul Halim menafikat bahawa pengerusi Perikatan Nasional itu telah ditahan.
“Tidak benar. Dia tidak ditahan hari ini,” katanya seperti dipetik FMT.
Sumber SPRM turut memaklumkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijadualkan mengambil keterangannya di ibu pejabat pembasmi rasuah di Putrajaya esok.
Baca juga: Beri bantuan sana sini, Tun M tidak setuju dengan tindakan Anwar Ibrahim