Ismail Sabri gesa benarkan pengeluaran KWSP, rakyat bimbang terpaksa kerja bila tua

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Hal ini membimbangkan rakyat kerana pastinya ramai akan mengeluarkan wang dan akhirnya apabila habis akan kembali meminta untuk mengeluarkan lebih lagi.

Sudah tiga kali dibenarkan pengeluaran KWSP, namun masih ada yang meminta atas desakan ahli politik.

Seorang pengguna Twitter melihat pengeluaran KWSP sebagai langkah positif untuk masa pendek tapi beri impak negatif bagi jangka panjang.

“Ini tidak akan menyelesaikan masalah sekarang. Untuk sementara kita akan beras lega namun bagi jangka panjang mungkin akan rasa terbeban juga.

“Kita telah melalui krisis ekonomi pada berdekad-dekad dahulu, menderita, mengetap gigi dan bergelut.

“Makan nasi kosong pun dengan kicap. Tapi kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP ketika itu. Tetapi ahli parlimen tetap membuat cadangan itu,” ujar @Syihto.

“Kamu bersara duit banyak makan tujuh keturunan tak habis dan berpencen lagi. Rakyat biasa, bersara miskin. Dah tua kena cari kerja,” tambah @City01011.

Daripada memaksa rakyat mengeluarkan duit KWSP untuk persaraan mereka, ahli politik boleh cari jalan penyelesaian untuk membantu mereka.

Kalau ada masalah semua rakyat selesai sendiri, apa guna melantik semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

Baca juga: Setiausaha akhbar nafi Mahiaddin ditahan ketika main golf