Beri tempoh 48 jam, ini sebenarnya yang Hafidz Roshdi mahu dari isteri

Oleh KIM SYAZIE

Drama pergolakan rumah tangga antara pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya memasuki episod baharu apabila lelaki itu akhirnya membuka mulut.  

Bakal didakwa kerana mendatangkan kecederaan, Hafidz malah menuntut permohonan maaf dari isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut hantaran di akaun Instagramnya, Hafidz memberi tempoh 48 jam kepada wanita itu untuk menarik semula kenyataannya.

Mahu menyelesaikan masalah dengan cara baik, Hafidz berkata dia berdiam diri selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Namun, lain pula yang jadi apabila Shuhada bertindak memuat naik hantaran berunsur fitnah pada terhadap dirinya dan keluarga.

“Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac lalu mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya. 

“Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah,” katanya.

Hafidz turut meminta Shuhada dan pihak lain yang memuat naik kenyataan berkenaan serta foto keluarganya untuk memadamkannya dalam tempoh 48 jam.

Pelakon yang berusia 29 tahun itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka gagal bertindak sedemikian.

Hafidz bakal dihadapkan ke mahkamah esok untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Kes tumbuk muka: Hafiz bakal didakwa, netizen mula pertikai perangai isteri