Seorang remaja lelaki membuat keputusan untuk menghantar seluar sekolahnya yang telah lusuh kepada tukang jahit.
Alasannya mudah sahaja, remaja berkenaan sebenarnya tidak tergamak untuk menyusahkan ibu bapanya.
Katanya, seluar itu masih boleh dipakai walaupun telah lusuh, cuma perlu dilabuhkan sedikit agar dapat menutup kakinya yang kian memanjang.
Tidak mahu menambah beban, remaja berkenaan mempunyai tiga adik beradik lain yang masih bersekolah.
Keadaan remaja yang menyayat hati itu mula terbongkar apabila seorang tukang jahit dari Seremban didatangi lelaki berkenaan.
“Semalam ada seorang budak India lelaki datang kat aku minta tolong labuhkan seluar sekolah dia. Seluar saiz 33 dan warnanya dah lusuh.
“Menung aku sekejap. Kenapa tak beli seluar baru?. Baki seluar tu ada 1 inci, macam mana nak lipat kelepet seluar itu nanti?,” soal wanita itu.
Wanita yang bernama Sharipah Sadiah Khalid itu kemudian tidak meminta sebarang upah setelah berjaya melabuhkan seluar itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Sharipah turut mendoakan agar remaja itu cemerlang dalam apa saja bidang yang diceburi.
“Kadang-kadang bila kita rasa kita susah, rupanya ada lagi yang susah.” Tambahnya.
Baca juga: Enggan bermain ‘Mobile Legends’ lelaki terima 10 jahitan di dahi akibat dipukul