Masih belum selesai kes suami dipukul, nama Uqasha Senrose kembali tular selepas dikatakan pernah menjadi pembuli oleh rakan sekolah
Tuduhan tersebut dilempar oleh seorang pengguna Twitter @ImZawani yang menyatakan Kamal Adli dipukul sebagai karma kepada perbuatan Uqasha semasa dibangku sekolah.
Terkejut dengan apa yang tular, Uqasha melihat tuduhan sebagai pembuli adalah satu fitnah buat dirinya.
“Allahukhabar selepas semua yang terjadi kepada saya dan suami, muncul pula fitnah menuduh saya sebagai pembuli.
“Dengan satu gambar, saya dicop sebagai pembuli. Siapa yang buli mental siapa ini? Dalam foto tersebut siapa yang ceria?” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.
Tidak mahu mengeruhkan kedaan, Uqasha memaklumkan akan menyerahkan hal tersebut kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
“Kepada awak yang menabur fitnah, kita akan bertemu nanti.
“Jangan risau, polis akan siasat semua tentang awak. Allah itu Maha Besar.
“Awak boleh sekat (akaun) saya selepas ini tetapi semua perbualan dan maklumat sudah, kami sudah dapat. Dunia ini kecil,” ujarnya.
Baca juga: Kepala Kamal Adli bocor selepas dibelasah di Singapura, kini ditidurkan oleh doktor