Selepas tular ditumbuk suami, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil menjual produknya iaitu biskut dengan sos coklat berbeza.
Namun yang menjadi perhatian warganet, harga yang dikatakan terlalu mahal walhal produk biasa malah ada banyak lagi peniaga yang menjual pada harga yang lebih berpatutan.
Biskut Shelup Shelup itu dijual pada harga RM179 yang dianggap terlalu mahal untuk biskut dengan sos coklat berbeza.
Pengguna Facebook, Marsya Kamal melihat ini adalah kesempatan yang diambil kepada wanita tersebut selepas tular kes perkahwinannya.
“Bukan tak nak support (beli) tapi bila tengok harga ya ampun macam nak ambil kesempatan sebab tengah popular, baik aku support orang susah yang betul-betul nak cari rezeki,” katanya.
Bagi pengguna lain, harga tersebut dilihat terlalu kayangan walhal produk yang dijual tidak setanding harga tersebut.
“Lihat produk tak setanding dengan harga, macam nak pergi haji balik hari. Maaf cakap tapi produk artis/instafamous ni produk dan kualiti tak seberapa pun.
“Lebih elok sokong orang susah yang betul-betul berniaga untuk kelangsungan hidup daripada sokong artis untuk bayar gaya hidup mereka yang mewah,” tambah Safwa Mawar.
Baca juga: Duit RM50 bertaburan di laluan pejalan kaki Kuala Lumpur, bila dikira-kira lebih RM400!