Baru siap MRT 2, dah ada motor parkir di laluan pejalan kaki

Oleh KIM SYAZIE

Transit Aliran Massa (MRT) Dua Putrajaya akhirnya dibukabuat para pengguna namun sudah ada masalah yang timbul.

Ini bukanlah masalah kali pertama malah sudah berlaku di banyak lokasi dimana motosikal diparkir sesuka hati tanpa memikirkan pengguna lain.

Seorang pengguna, @bazlinj, memuat naik gambar laluan pejalan kaki untuk ke stesen MRT yang sudah dipenuhi dengan motosikal.

“MRT2 baru buka dah semak dengan padestrian pathway (laluan pejalan kaki) dah bertukar jadi parkir,” ujarnya.

Masalah ini mungkin tidak besar buat orang biasa namun buat pengguna yang buta, kenderaan ini menyukarkan mereka untuk mengakses kawasan tersebut.

“Mentaliti sampah. Ini adalah laluan untuk pengguna yang buta dan menggunakan tongkat untuk mengenal laluan. Kemasan lantai ini direka khas untuk golongan buta,” kata @inderasakti_kl.

Seorang pengguna Twitter, mengharapkan agar pihak berkuasa lebih tegas dalam membanteras hal sebegini.

“Sebab tu kata Malaysia undang-undang memang lemah! Pihak berkuasa lembik. Manusia ni senang je nak kasi berdisiplin. Saman, saman, saman, saman, saman.

Undang-undang sahaja boleh mengubah sifat manusia tu sendiri. Tak istilah penindasan pun kalau kita buat benda yang betul,” tambah @mhdazmnrlsn.

Baca juga: Pelajar asnaf sedih cikgu lempar buku sebab tak mampu bayar