Warganet minta hentikan politik agama, Pas pantang dikritik

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berlawanan dengan ajaran al-Quran mendapat perhatian warganet.

Ini adalah susulan kenyataan di Facebook rasminya mengenai perlaksanaan tugas sebagai hamba Allah dengan melakukan ibadat.

Tambah Hadi, Allah juga mewajibkan kepada seluruh hamba-Nya agar berpolitik.

Namun warganet melihat perkara tersebut sebagai mainan politik sambil mengkritik adakah ia dikira melawan al-Quran jika tidak menyokong parti tersebut.

Bila kritik Pas terus PKR lawan al-Quran. Inilah cara Pas berpolitik seolah jika tidak bersama Pas, semua bukan Islam dan lawan al-Quran,” komen @RajaMohdShahrim.

Pengguna Twitter, @AwatifWardina meminta Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengambil tindakan terhadapan ucapan yang dikeluarkan Hadi.

“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah sampai masanya bertindak, makin membengkak masalah Islam ini yang di ucapkan oleh Haji Hadi.

“Adakah keramat sebegitu sekali Pas ini seolah-olah jika terusik Pas ini maka Islam akan terancam. Suci sekali Pas ini sesuci air zam zam benarkah begitu,” ujarnya.

Baca juga: ‘Cakap soal agama tapi urusan negara tak tahu’, Anwar tekad mahu banteras rasuah