Kerajaan telah memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) buat anak golongan B40 bagi meringankan beban ibu bapa.
Namun masih ada yang mempertikai tindakan kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
“Saya susah. Anak nak sekolah. Semua brg kena beli. Kwsp tak boleh keluar. Kerajaan sekarang tak membantu,” ujar kongsian ciapan di Twitter.
Pengguna @f4kr0ls00d mempersoal ibu bapa sudah tahu lebih awal mengenai persekolahan anak, jadi mengapa tidak menyimpan.
“Kalau susah sampai macam ni, ini lanjutan dari susah-susah terdahulu. Bukan bermula November 2022.
“Mana pegi KWSP yang keluar empat kali? Jangan cakap dalam masa empat bulan ni kau terus jatuh miskin,”katanya.
Pengguna Twitter, @thefikrey turut mempersoal bagaimana yang mahu mengeluarkan KWSP ini semunya bekerja jadi mengapa tidak mengasingkan bajet anak.
“Faham, susah semua org tak sama. Tapi kalau mereka ada KWSP, maknanya mereka bergaji dan bekerja.
“Anak nak sekolah bulan Mac bukan baru tahu masa November 2022, setiap tahun sejak 2020 mcm tu.
“Sebagai seorang yang bekeluarga, tiada gaji bulanan atau simpanan untuk anak ke sekolah ke?,” ujar pengguna tersebut.
Malah ada juga warganet yang mempersoal sama ada duit bantuan yang diberikan rakyat sudah dihabiskan di tempat lain.
Baca juga: ‘Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin’ – Pelajar tamatkan zaman bujang lepas habis SPM