“Runtuh hati daddy, baru hari pertama sekolah dah jadi macam ini”

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai gaya lucu para pelajar dapat dilihat pada hari pertama persekolahan, termasuklah gaya tudung selepas habis sesi sekolah.

Gaya tudung kanak-kanak ini menarik perhatian ramai apatah lagi keadaan rambutnya menghiburkan hati.

Seorang pengguna TikTok, @irfan.rdz memuat naik video anaknya di hari pertama persekolahan.

“Runtuh hati daddy (ayah), baru hari pertama sekolah dah jadi macam ini,” ujarnya.

ziranadia
hahaha.. comeinya.. ni nanti dah besar tunjuk video ni mesti die Pon ikut gelak n tak mngaku..

Dapat dilihat separuh rambut keluar diantara tudung dan anak tudung hingga menyebbakan netizen persoal siapa yang beli anak tudung.

“Mak kenapa beli sekup rambut (anak tudung) separuh,” ujar pengguna TikTok namun di balas pemilik dengan menyatakan bahwa si bapa yang membeli.

“Hahaha, comelnya. Ni nanti dah besar tunjuk video ni mesti dia ikut gelak dan tak mngaku,” komen Ziranadia.

Baca juga: Mahu keluar duit KWSP untuk barang sekolah, warganet persoal mana hilang duit bantuan RM150