Gelagat penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus ketika menyampaikan kuliah pada 7 Mac lalu menjadi perbincangan hangat ketika ini.
Mana tidaknya, ketika sedang asyik menyampaikan ceramah di sebuah masjid, Ustaz Azhar tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke atas.
Difahamkan, di dalam majlis yang diadakan di Kuala Terengganu itu, Ustaz Azhar memberi ceramah berkaitan dengan makhluk ciptaan Allah.
Berjaya dirakam oleh seorang individu sebelum dimuat naik di laman aplikasi TikTok, reaksi penceramah itu digambarkan bagai ‘melihat kelibat’.
Perakam juga tergerak untuk memandang ke arah yang sama namun gagal melihat apa-apa ketika kejadian itu berlaku.
Rata-rata pengguna media sosial mula membuat spekulasi berikutan beliau baru dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah paru-paru dan jantung.
“Aku pulak risau. Ya Allah panjangkanlah umur Ustaz Azhar Idrus dengan penuh kebaikan dan keberkatan,” tulis seorang pengguna.
“Tiada ke video UAI (Ustaz Azhar Idrus) beri penjelasan mengenai soal ini,” tanya seorang pengguna yang khuatir akan keadaan ustaz itu.
“Tiada, sebab lepas itu UAI sakit kan.” Jelas pengguna lain yang juga merupakan perakam video tular tersebut.
Selepas beberapa hari ditahan di wad hospital, penceramah yang berusia 59 tahun itu dibenarkan pulang ke rumah setelah kesihatannya beransur pulih.
Baca juga: “Runtuh hati daddy, baru hari pertama sekolah dah jadi macam ini”