Ingat kerja umum raya dan puasa je, ini rupanya tugas hakiki penyimpan mohor besar raja-raja

Oleh KIM SYAZIE

Sungguh cepat waktu berlalu, kini bulan yang paling dinantikan umat Islam iaitu Ramadhan telahpun tiba.

Tibanya bulan puasa, pastilah kehadiran Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di kaca televisyen menjadi perhatian orang ramai.

Bertugas sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, beliau bertanggungjawab mengisytiharkan tarikh permulaan puasa.

Syed Danial juga perlu mengumumkan tarikh hari raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Dalam pada itu, Mohor Besar yang mempunyai pelbagai fungsi ini sinonim dengan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-raja.

Untuk pengetahuan umum, dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja perlu disertakan dengan cap Mohor Besar.

Ianya diikuti dengan tandatangan Penyimpan Mohor-Mohor Besar beserta tarikh dan tempat Mohor tersebut dikeluarkan.

Hal ini bagi memastikan dan membuktikan kesahihan serta asal usul surat cara atau dokumen rasmi berkenaan.

Antara surat cara tersebut ialah dokumen keputusan pemilihan Yang Di-pertua Agung dan Timbalan Yang Di-pertua Agung oleh Majlis Raja-Raja.

Selain itu, surat cara lantikan Raja sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Contoh yang terakhir ialah surat cara pelantikan-pelantikan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baca juga: Tak sangka penduduk di tiga bandar ini diiktiraf paling bahagia di Malaysia