Tular sebelum ini mengenai perkongsian ibu kepada pengacara Neelofa di media sosial selepas berkongsi mengenai amalan baca bismillah 787 kali
Video tersebut dipercayai dirakam Noor Kartini ketika dia berada di Mekah dan telah berkongsi tentang amalan yang dilakukannya untuk murah rezeki.
Kartini memaklumkan mengenai amalan membaca ‘Bismillahirahmanirahim’ cukup cukup 787 kali dan ia tidak boleh lebih mahu pun kurang.
“Masa mama dapat sanad daripada Baba Aziz, dia kata satu bismillahirahmanirahim kalau diletak atas timbangan, berat dia sama dengan satu isi bumi,” katanya.
Usahawan yang menjual daging Harimau Menangis itu juga menyatakan amalan tersebut membuatkan rezeki mereka bertambah.
Pastinya ramai akan mengikuti petua ini apatah lagi melihat kepada kejayaan oleh keluarga selebriti tersebut.
Namun seorang pengguna Twitter, @tengku_cadbury tampil mempersoal amalan yang dikatakan meragukan.
“Dah ada ulasan berkenaan amalan ini yang dianggap meragukan dan amalan tidak pernah dibuat di zaman Rasulullah SAW,” katanya.
Disebabkan itu, Ustaz Syihabudin Ahmad ada memuat naik video ulasan berkenaan hal ini di Youtube.
Menurutnya, ‘amalan’ yang dikongsikan Noor Kartini itu tidak wujud sama sekali.
Baca juga: “Alhamdulillah, Azwan Ali taubat tak nak carut dah, sedap dia baca al-Quran”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio