Pastinya ada peniaga yang cuba mengambil keuntungan lebih terutama ketika meniaga di bazar Ramadan.
Satu perkongsian telah dibuat di Facebook oleh pengguna dikenali sebagai Na Ma yang terkejut dengan harga sebiji martabak mencecah RM20 lapor Kosmo.
Gambar tersebut menunjukkan harga martabak daging atau ayam istimewa berharga RM20 setiap satu manakala RM17 bagi martabak biasa.
“Silap masuk Bazar T20 ni,” kata Na Ma tanpa menyebut di mana lokasi bazar Ramadan tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan peniaga berkenaan dan menyifatkan harga makanan tersebut tidak masuk akal.
“Berniaga satu hari saja ni, lepastu boleh pusing dunia,” kata Syed Khairi.
“Tahun ini, lebih baik makan bufet jauh lebih murah berbanding dekat bazar. Mahal sangat sekarang ni,” ujar Jenna.
“Boleh beli lapan martabak kalau RM20, berbuka sampai sahur. Nak kata saiz besar terang-terang tahu saiznya mungkin inti murtabak rusa atau kambing siapa tahu tapi terang-terang tulis daging dan ayam,” kata Navindra.
Baca juga: Pelanggan terkejut beli air RM5 tapi dicaj lagi RM3 sebab minta ais kurang