Kecoh Bazar Ramadan jual daging babi sebagai juadah berbuka puasa

Oleh KIM SYAZIE

Bazar Ramadan ini bukanlah hanya terdapat di Malaysia malah sudah menjadi sebahagian budaya buat negara jiran kita, Singapura.

Antara bazar besar di Singapura adalah Geylang Serai tetapi masih ada bazar berskala kecil di kawasan lain.

Namun ada kekecohan berlaku selepas dikatakan bazar tersebut turut menjual makanan haram iaitu daging babi.

Walaupun yang hadir ke bazar bukanlah semua orang Islam, namun bazar hanya ada dalam bulan Ramadan jadi penjualan makanan haram adalah tidak wajar.

Bagaimanapun, di Bazar Raya Utara di Marsiling, baru-baru ini difahamkan terdapat gerai menjual daging babi di bazar tersebut.

Menerusi hantaran di halaman rasmi kejiranan, jawatankuasa Pejabat Kawasan Pilihan Raya Marsiling memaklumkan ada gerai menjual daging babi di bazar tersebut.

“Penganjur telah berhubung dengan pengendali dan telah mengambil langkah pembetulan segera untuk menghentikan penjualan daging babi.

“Akhir sekali, kami ingin memberi jaminan kepada semua penduduk dan pengunjung bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengalaman Ramadan yang terbaik.

“Ini termasuk persembahan pada hujung minggu dan juga juadah halal untuk umat Islam,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Kenyataan itu tidak mendapat sambutan orang ramai, malah dikecam oleh orang ramai kerana dilihat tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Bazar Ramadan
Antara komen netizen mengenai isu tersebut.
Bazar Ramadan
Antara komen netizen mengenai isu tersebut.

Baca juga: Saya sedih sangat anak dipulau hanya sebab tak fasih berbahasa Melayu