Tidak pernah mengenal erti putus asa, seorang warga emas tekad untuk tidak berhenti mencuba mendapatkan lesen memandu.
Berasal dari Korea Selatan, wanita itu telah membelanjakan wang sebanyak RM53,000 bagi menunaikan hasratnya itu.
Penuh cabaran, wanita yang bernama Cha Sa-soon itu perlu menukar bas sebanyak dua kali untuk sampai ke sekolah memandu.
Niatnya belajar memandu sebenarnya adalah untuk melancarkan proses penghantaran sayur tanamannya untuk dijual.
Kakitangan Sekolah Memandu Jeonbuk meluahkan kelegaan mereka apabila wanita itu akhirnya lulus ujian setelah 960 kali mencuba.
“Apabila dia akhirnya berjaya mendapatkan lesen, kami semua keluar bersorak memeluknya dan memberinya jambangan bunga.
“Kami tidak sampai hati untuk menyuruhnya berhenti. Rasanya seperti satu beban besar akhirnya hilang.” Kata seorang pekerja.
Usaha Sa-soon juga mendapat penghargaan oleh sebuah syarikat automobil iaitu Hyundai yang menghadiahkan wanita itu sebuah kereta.
Berjaya mendapatkan lesen pada 2010 sewaktu berusia 69 tahun, kisah yang menginspirasi itu kembali tular di media sosial.
Usaha tangga kejayaan, diharapkan perjuangan warga emas itu dapat memberi motivasi kepada pembaca untuk tidak berhenti berikhtiar.
Baca juga: Sekolah pondok di Indonesia masih buat solat terawih ‘express’, 23 rakaat cuma 7 minit sahaja
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio