Ada sesetengah peniaga yang menggunakan bulan Ramadan untuk menaikkan harga makanan malah tidak peduli jika dilabel mahal.
Tiada masalah kalau nak naikkan harga, tapi kualiti makanan mestilah setanding bukannya jual balik lauk yang tak habis semalam.
Seorang pengguna facebook, Cikdiba Lokman meluahkan rasa kecewa apabila ayam percik yang dibeli masih berdarah malah sudah berbau.
“Singgah dekat gerai tu, nampak ayam percik tanya harga rm13 ¼ (ayam seekor belah empat) selalunya beli ayam percik sebelah harganya RM16 di kedai lain.
“Tapi dekat kakak tu jual mahal, kita terpaksa beli sebab dia cakap harga ayam mahal hari ni, kuah ayam percik pun dia bagi dua sudu besar sahaja.
“Saya balik rumah potong ayam kecil-kecil nak bagi senang ambil, tengok-tengok keluar darah dan berbau,” katanya.
Tidak mahu patah semangat dan mahu menyelamatkan lauk tersebut, wanita itu membakar semula ayam tadi tapi isi ayam tersebut sudah busuk semasa dimakan.
“Masa berbuka, suami makan ayam percik tu dan dia beritahu isi ayam tu busuk. Saya cuba makan juga, memang tak boleh nak telan.
“Macam lauk semalaman, yang tak di masak dengan baik. Sampai hati akak tu jual lauk macam ni dah la tengah lapar. Sabar je la,” tambahnya lagi.
Wanita tersebut turut menasihatkan para pembeli untuk berhati-hati kerana sukar untuk membezakan lauk semalaman dan yang dibuat hari ini.
Baca juga: Kecoh Bazar Ramadan jual daging babi sebagai juadah berbuka puasa