Ada sesetengah masid yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk membuat bising namun di Turkiye, mereka bebas bermain selepas selesai solat tarawih.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Mohamed Kamal memuat naik gambar kanak-kanak yang dibenar bermain selama setengah jam usai solat tarawih di masjid tersebut.
Kanak-kanak ini dibenar bermain di satu ruangan khas yang disediakan pihak Masjid untuk anak-anak jemaah.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, dapat dilihat mereka gembira bermain bola di dalam ruangan khas tersebut.
Kawasan tersebut disediakan untuk menggalakkan kanak-kanak rasa sayang dan suka datang ke rumah Allah, dan melihat masjid sama seperti rumah mereka.
Disebabkan mereka hanya dibenar bermain selepas solat selesai, maka tiada isu menggangu jemaah yang sedang solat.
Baca juga: Dah macam menu ‘Fear Factor’, peniaga bazar Ramadhan jual Taufufa basi