Anak tak muncul-muncul janji nak buka puasa bersama, ibu akhirnya meninggal dalam tekanan

Oleh KIM SYAZIE

Dek kerana bimbang tak terjaga ibu bapa, anak-anak akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menghantar mereka ke pusat jagaan orang tua.

Namun janganlah jadikan itu sebagai alasan untuk tidak melawat ibu bapa langsung, mereka juga punya perasaan rindu buat anak-anak.

Tular sebelum ini klip video di TikTok, di mana seorang penceramah menceritakan bagaimana seorang ibu yang menunggu lama untuk berbuka puasa dengan anak.

Wanita tua itu bagaimanapun meninggal dalam tidur selepas sabar menunggu janji anaknya yang tak kunjung tiba.

Pada awalnya, si ibu sangat teruja kerana sudah dua tahun tak berjumpa malah si ibu bersiap seawal 5 pagi meskipun anak akan ambil pada pukul 5 petang.

Apabila yang ditunggu tidak datang, wanita tersebut terus ke bilik tanpa sebutir nasi untuk mengalas perut bagi membuka puasa.

Ketika mahu dikejutkan untuk sahur keesokan, wanita tersebut dikatakan sudah meninggal dunia.

Jika berjanji maka tepatilah, jika ada halangan terang terlebih dahulu bukan sekadar senyap tanpa berita. Ibu ini hanya ada satu di dunia, tiada gantinya.

Baca juga: Peniaga selamba guna tong sampah letak sos ayam percik, netizen pula rasa kembang tekak