Puasa tidak menghalang kita daripada melakukan aktiviti harian mahupun bekerja namun ada sesetengah sukan yang melarang pemain daripada bermain hanya kerana berpuasa.
Pemain pertahanan skuad Nantes, Algeria Jaouen Hadjam digugurkan sebelum menentang Stade de Reims dalam perlawanan Ligue 1 semalam.
Menurut pengurus Antoine Kombouare, ini berlaku selepas Hadjam enggan mematuhi arahan tidak berpuasa lapor Harian Metro.
“Jaouen? Tiada yang kontroversi. Siapa yang berpuasa saya sokong tetapi pada perlawanan, anda sepatutnya tidak berpuasa.
“Ia bukan hukuman. Saya tetapkan peraturan dan jika itu pilihannya, saya hormatinya,” kata Kombouare ketika sidang media selepas pasukannya tewas 0-3 di tempat sendiri.
Media tempatan melaporkan pemain berusia 20 tahun itu bersetuju tidak berpuasa dalam aksi di tempat lawan sahaja.
Nantes kini berada di tangga ke-14 dalam carta liga dengan 30 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.
Hadjam pemain kelahiran Perancis memilih beraksi untuk Algeria bulan lalu dan dia bermain ketika pasukannya menewaskan Niger 1-0.
Baca juga: ‘Musim’ rumah tangga artis bergolak membimbangkan, ini nasihat bekas mufti