Seorang pengguna Facebook tampil menerangkan mengenai individu yang dikatakan berjalan kaki demi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menerusi Facebook, Liyana Marzuki, dia menerangkan mengenai PSY OP, di bawah adalah hantaran tersebut.
“PSY OP”
Dua tahun dulu, saya pernah menulis mengenai propaganda. Bagaimana propaganda diguna dalam perang saraf. Atau psychological warfare, cakap omputih (orang putih). Cakap orang sekarang “psy war”.
Psy war ni dalam politik sangat penting. Pihak Kerajaan dan Pembangkang akan cuba habis baik untuk menangi perang. Perang menguasai minda rakyat. Untuk percaya mereka. Itu perang saraf namanya.
Selain propaganda, satu lagi kaedah yang diguna adalah Operasi Saraf. “Psy Op” mereka panggil. Ini satu senjata yang diguna parti politik, untuk semarakkan sentimen rakyat. Selalunya untuk benci Kerajaan atau mana-mana puak.
Dua bulan lepas saya perasan ada demonstrasi untuk mintak keluar KWSP. Bila kita perhati, semua yang buat demonstrasi tu tua belaka. Umur 50 tahun ke atas. Kalau dah umur gitu, dah boleh keluar KWSP dah pun. Yang nak demonstrasi lagi kenapa ? Makanya, confirm ia suatu PSYOP.
True enough, pihak Pembangkang dari dua bulan lepas asyik gasak Kerajaan pasal KWSP. Walhal dulu masa mereka memerintah, siap sound rakyat, pengeluaran yang diberi adalah yang terakhir sekali. KWSP boleh melingkup kalau dibenarkan banyak kali.
Minggu ini, tiba-tiba kita dengar cerita. Seorang Pemandu Teksi. Umur 49 tahun. Berjalan dari Johor Bahru ke Istana Negara. Nak bagi surat pada Agong. Agar benarkan pengeluaran KWSP.
- Pada saya, nampak betul PSYOP nya. Kenapa?
- Berapa hari berjalan pun kita tak sure. Kejap 3,5,7 hari. Untuk jalan 300km. Laporan akhbar pun lain-lain reportnya.
- Askar buat training komando. Berjalan 160km 3 hari 2 malam. Dia rilex buat 300 dalam masa 3 hari. Boleh lah masuk Olympic Wakil Malaysia, sure menang punya.
- Bila dah sampai Istana Negara, pemimpin Perikatan Nasional siap sambut. Diberi pakai sut dan songkok. Muka fresh dan tersenyum suka.
- Sunburn apa pun tak ada. Kalau dah berpanas 300km berjalan, susah nak percaya muka glowing sebegitu.
Nak PSYOP pun berpada-padalah. Orang Malaysia sekarang dah bijak belaka.
Liyana Marzuki
Baca juga: Pengeluaran KWSP: Kerajaan fikir jangka panjang, bukan jalan singkat