Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan dividen tabung haji bakal diumumkan tidak lama lagi.
Menurutnya, pengumuman mengenai dividen lambat kerana beberapa faktor seperti audit bersih yang perlu dibuat.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ini. Tahun ini agak lewat sedikit sebab laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memerlukan Tabung Haji untuk mengumumkan agihan dividen iaitu setelah audit bersih dibuat.
“Sebab itu ambil masa sedikit untuk umumkan berbanding tahun lepas,” katanya dalam sidang negara, semalam.
Beliau menjawab soalan Senator Mohd. Apandi Mohamad yang bertanyakan tentang bilakah dividen Tabung Haji akan diumumkan.
Soalan tersebut juga dikatakan ditanya bagi pihak orang ramai yang menunggu lama untuk mengetahui kadar dividen tahun ini.
Baca juga: Sah! Jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut KWSP hanya ‘Psywar’ dari pembangkang, ini buktinya