Ingatkan dah meriah pasang lampu liplap, sekali jiran pasang lampu disko kat rumah

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya kejiranan meriah dengan lampu raya yang dipasang semasa bulan Ramadan, apatah lagi jika ia berwarna-warni.

Seorang pengguna TikTok menghias rumahnya dengan lampu raya supaya ia kelihatan meriah pada waktu malam.

Namun dia ternyata kalah kepada jirannya yang menggunakan lampu bola seperti lampu disko.

“Aku ingat aku cukup meriah dah pasang lampu liplap, sekali jiran buka lampu liplap disko terus,” katanya dalam video tersebut.

Seorang pengguna Twitter, @IniAlalalannn memuat naik video tersebut dengan kapsyen ‘bila kau dapat jiran jenis tak nak kalah’.

Rata-rata warganet memuji pemilik video dan jirannya kerana suasana yang meriah malah ada yang berseleroh dengan menyatakan ada permainan kereta bumper.

“Aku suka jiran mcm ni. Bila jumpa di luar mesti gelak sama, haha,” komen Amirul.

“Hahahahahaha boleh pakat lawan pasang lampu liplap lepas ni,” ujar pengguna Twitter.

“Ada kereta bumper (permaianan di taman tema) ke dekat rumah tu,” tambah pengguna lain.

Bila hidup berjiran, pastinya kadangkala ada sedikit persaingan untuk memastikan rumah mereka terpaling meriah, yang penting tak ada pergaduhan.

Baca juga: Peniaga selamba guna tong sampah letak sos ayam percik, netizen pula rasa kembang tekak