Bulan Syawal bakal menjelma maka makin sesaklah bank-bank di Malaysia apabila ramai menyerbu untuk menukar duit raya.
Namun anda tidak perlu lagi gusar kerana perlu beratur lama, kini anda hanya perlu ke mesin ATM untuk menukar duit raya bernilai RM10 dan RM50.
Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM (2022)
Penukaran duit raya di mesin ATM ini bermula pada tahun lepas, antara bank yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.
Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.
i) ATM Maybank
Ikuti perkongsian Mohd Shukur di Facebook.
1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.
2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.
3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.
4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.
Namun bukan di semua Maybank ada mesin ni, di bawah ada senarai lokasi ATM tersebut.
Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya
eAP-ATM-New-Notes-LocationsDownload
ii) Ambank
Menurut senarai daripada AmBank, sebanyak 40 ATM di seluruh negara tersedia untuk mengeluarkan wang kertas RM10 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Walaubagaimanapun penukaran wang kertas adalah dihadkan pada RM300 setiap transaksi.
Sila rujuk senarai ATM Ambank di bawah:
Senarai Lokasi Mesin ATM Ambank Raya
Not kertas yang disediakan : RM10
Maklumat lanjut: https://www.ambankgroup.com/eng/Announcements/Documents/ListofBranchesforRaya2022NotesDispensing.pdf
iii) Affin Bank
Terdapat sejumlah 51 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.
Sila rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah:
Senarai Lokasi Mesin ATM Affin Raya
Tarikh : Sehingga kehabisan stok
Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50
Untuk maklumat lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Affin Bank melalui laman web rasmi : https://www.affinalways.com/
Semoga senarai ini dapat membantu anda semua untuk mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk membuat penukaran wang kertas.
Baca juga: