Bengang melihat anak lelakinya membasuh pinggan setelah disuruh isteri, seorang wanita bertindak memarahi menantunya.
Tidak berpuas hati, wanita itu menegur menantunya agar membasuh pinggan anak lelakinya dan melayani suami dengan lebih baik.
Kejadian tersebut kemudian dikongsikan menantu itu di laman media sosial Twitter kerana tidak ingin situasi itu dihadapi oleh wanita lain.
“Dia ingat ni zaman dulu-dulu ke. Patahkah tangan tu kalau lelaki buat kerja rumah? Ke nanti tangan tu jadi kotor?.
“Mak-mak kat luar sana janganlah ajar anak lelaki korang jadi PEMALAS! Jangan jadi kolot sangat.” Ciap wanita itu dengan emosi.
Tinjauan mendapati rata-rata pembaca mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza terhadap kongsian wanita itu.
Meskipun banyak yang bersetuju, ada juga golongan yang berpendapat wanita itu perlu pandai ‘berpolitik’ sekiranya pulang ke rumah mertua.
“Saya memang emo tengok lelaki dewasa makan dan tinggal pinggan kat meja tapi boleh pergi basuh tangan kat singki,” komen seorang pengguna.
“Haiyo wanita, mainlah politik sikit, depan mak mertua janganlah suruh anak dia basuh pinggan, buat belakang dia,” seloroh pengguna lain.
“Suami ni ada ego, kalau terjerit-jerit suruh suami basuh pinggan memanglah dia tak nak, kena pandai pujuk.” Komen pengguna lain.
Tanggungjawab ini tidak ditentukan untuk mana-mana jantina, namun suami isteri perlulah pandai bertolak ansur mencari jalan persafahaman.