Sinonim dengan panggilan ‘King’, kereta keluaran Perodua iaitu Myvi merupakan antara kenderaan mampu milik yang paling popular di negara kita.
Namun tahukah anda bahawa Perodua Myvi dijual di luar negara dengan harga berlipat kali ganda lebih mahal berbanding di Malaysia.
Perkara itu didedahkan oleh seorang penyampai radio Singapura, Abdul Karim Sadali atau lebih dikenali dengan nama DJ KC.
Menerusi hantaran di laman Facebook, DJ KC berkata, kereta Myvi di Singapura hanya boleh dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi.
Menurutnya, untuk memiliki Myvi, pengguna perlu membayar sebanyak $136,501 (RM409,501) termasuk COE bagi 10 tahun.
“Ini harga untuk MYVI di Singapura! Dan kereta boleh digunakan untuk 10 tahun sahaja. Selepas itu kena hantar scrap atau kalau nak boleh bayar lagi COE.
“Jadi yang pandu MYVI di Singapura adalah T20, bukan biasa-biasa. Ini baru harga kereta, belum harga rumah lagi. Boleh biol,” katanya.
COE (Certificate of Entitlement) adalah permit pemilikan kereta di Singapura yang hanya laku selama 5 atau 10 tahun bergantung kepada jenis kenderaan.
Baca juga: “Mak mentua marah sebab aku suruh suami basuh pinggan, aku nekad..”