Jarang dah tengok 7 Kuih Raya Legend ini, orang-orang dulu mesti teringat

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai jenis kuih raya dapat dilihat terhidang di atas meja ketika mengunjungi sanak saudara semasa hari pertama bulan Syawal.

Tambahan pula, kuih raya pada zaman kecil tidak terbanding dengan kuih raya yang serba moden kini.

Ini adalah antara tujuh kuih raya ‘legend’ yang banyak diletak di rumah rakyat Malaysia satu ketika dahulu.

1. Biskut sampan

Biskut lejen ini memang sudah jarang dibuat dan sukar untuk dijumpai walaupun di kedai-kedai menjual kuih raya. Masa kecil dulu, sebelum makan biskut ini mesti sempat main pusing-pusing sampan atas meja dulu.

2. Biskut Mama Carey

Image from Mingguan Wanita

Antara biskut yang paling cepat habis, Mama Carey. Cuma kini ia kurang dilakukan kerana proses pembuatan yang rumit dan memerlukan masa yang lama.

3. Biskut dam

Image from Asian Inspirations

Rasanya yang enak dan rangup memang boleh buat kita menambah-nambah tanpa sedar. Ada juga yang suka makan biskut ini dengan cara gigit sedikit demi sedikit mengikut warna coklat dan putih.

4. Kuih putu kacang

Image from VITDAILY

Kuih putu kacang kebiasaannya menggunakan kacang hijau sebagai bahan asas. Sejak dulu, ia bukan saja terkenal dalam kalangan masyarakat Cina, tetapi ia juga dibuat oleh masyarakat Melayu.

5. Kuih buah rotan

Image from RASA

Buah rotan merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu sejak berpuluh tahun yang dulu. Bahan utama yang digunakan untuk membuat buah rotan ini hanya tepung pulut dan telur. Buah rotan ini memang sedap dijadikan sebagai kudapan semasa beraya. Rangup!

6. Biskut suji

Image from Asian Inspirations

Biskut suji mempunyai tekstur yang sangat lembut dan rapuh. Ia menjadi kegemaran kanak-kanak kerana mudah cair di dalam mulut. Tahu-tahu dah licin sebalang.

7. Batang buruk

Image from RASA

Kuih batang bruk masih lagi ada di pasaran namun jika nak dibanding rasa dengan yang zaman dahulu dah banyak beza.