Kerja cuci pinggan tapi boleh naik Bentley, siapa wanita ini sebenarnya?

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci pinggan di wilayah Sichuan China tular selepas dihantar ke tempar kerja menaiki kereta Bentley.

Menurut laman berita Mathership, video wanita yang mengenakan kemeja merah jambu, but getah dan apron itu tular di aplikasi Weibo

“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” demikian kapsyen hantaran tersebut.

Rupa-rupanya wanita itu bekerja di sana untuk menghabiskan masa lapang dan pemilik restoran sendiri mengakui bahawa keluarganya adalah orang berada.

Menurut laman Oriental Daily dan China Times, wanita itu mengakui niatnya bekerja di restoran bukan untuk mencari wang, tetapi untuk menghilangkan kebosanan.

“Ia sangat membosankan di rumah, dan saya berasa tidak selesa jika tidak membasuh pinggan selama sehari,” kata wanita itu.

Orang yang memandu kereta Bentley itu sebenarnya anak perempuan kepada wanita tersebut.

Menurut Oriental Daily, gadis itu tidak dapat menghalang ibunya daripada meneruskan hasratnya.

Tetapi dia menyokong dengan bersungguh-sungguh menghantarnya dan menjemputnya dari restoran setiap hari.

Baca juga: Rupanya hanya golongan kelas atasan layak pakai King Myvi di Singapura