Tidak menyangka si bapa lebih memilih keluarga baru, adik kepada penyanyi Shila Amzah pilih untuk tidak memuat naik gambar bapanya semasa buat ucapan hari lahir.
Difahamkan bapa kepada Syada Amzah, Datuk ND Lala sudah berkahwin dengan wanita yang juga rakan sekolah kepada Shila sendiri.
Menerusi Instagram, Syada menulis ‘surat’ terbuka buat ND Lala yang dikatakan sudah tidak mahu berhubung dengannya.
“Buat ayah, tiada lagi gambar anda bermula hari ini.
“Surat terbuka kerana tiada siapa yang mempunyai akses untuk bercakap dengan anda,” tulisnya di kapsyen gambar yang baru dimuat naik.
Gambar tersebut adalah untuk ucapan ulang tahun kelahiran ND Lala ke-62. Syada menerima pilihan bapanya untuk tidak memilih keluarga mereka.
“Selamat hari ulang tahun ke-62. Terima kasih untuk segala pengorbanan membesarkan kami empat beradik.
“Mewakili adik-beradik lain yang saya tahu kewujudannya, kami terima sepenuh hati anda memilih untuk pergi sekali lagi dan anda tak pilih kami.
“Kami sebenarnya dah lama tahu tapi sekarang semuanya terang lagi nyata. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang anda dah pilih.
“Ucapan selamat hari raya awal buat anda,” tambahnya.
Menurut laporan media, Fauziah juga telah menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Isnin lalu.
Baca juga: Bila raya sebenarnya ini, Jumaat atau Sabtu? Ustaz Kazim minta orang ramai bersabar