Siapa sangka, sebuah kedai papan kecil di Kota Bharu, Kelantan boleh berkembang menjadi pasar raya yang terkemuka di Malaysia.
Berjaya menjadi pilihan di kalangan pengguna untuk membeli belah, ini sejarah Pasar Raya Mydin yang mungkin ramai tidak tahu.
Bermula dari sebelum kemerdekaan, kedai pertama diasaskan dan diusahakan sendiri oleh bapa Mydin Mohamad, Gulam Husen Jamal.
“Kedai pertamanya merupakan kedai papan kecil bernama Mydin Mohamed Bros di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu, Kelantan,” ciap laman Twitter rasmi Mydin.
Kedai milik keluarga itu kemudian terbakar akibat perang dunia kedua lalu mencetus pembukaan sebuah kedai kecil oleh anaknya, Mydin Mohamad.
Mula mempelajari selok belok bidang perniagaan, Mydin mula menjual barangan am dan permainan di premis tersebut.
Kemudian, dengan bantuan keluarga dan anak-anak, perniagaan itu diperluaskan Mydin ke Kuala Terengganu dan Jalan Masjid India.
Mula mendapat tempat di hati masyarakat, syarikat Mydin telah berjaya membuka cawangan rangkaian pasar raya di seluruh negara.
Kini dikenali sebagai Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad, perniagaan itu diterajui anak kedua Mydin Mohamad, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin.
Baca juga: MP PAS dari Besut rasmi mesin ATM di pam minyak jadi bahan ketawa netizen