Teknologi ‘AI’ jadi ancaman besar kepada peluang kerja, ini 6 pekerjaan yang paling selamat sekarang

Oleh KIM SYAZIE

Selari dengan peredaran zaman, kemunculan teknologi artificial intelligence (AI) atau kecerdasan buatan dikatakan mampu menyaingi manusia.

Menjimatkan kos, banyak majikan mula mengintai peluang untuk menggantikan pekerja manusia dengan ‘pekerja komputer’ itu.

Tidak perlu tergugat, ini adalah senarai enam bidang pekerjaan yang selamat dari ancaman AI.

1. Pengurusan sumber manusia.


Mengurus pentadbiran dan menjadi orang tengah antara majikan dan pekerja, AI masih belum mampu menggantikan manusia.

AI dikatakan tidak mempunyai kebolehan menganalisa dan menguruskan konflik sesama manusia.

2. Pengaturcara komputer/perisian


Teknologi AI dibangunkan manusia menerusi bidang ini. Lalu, mereka yang bekerja di bawah sektor teknologi dikatakan masih terselamat dari ancaman.

3. Petugas kebajikan


Tugas aktiviti sosial melibatkan kebajikan manusia diramalkan masih belum mampu digantikan AI.

Namun, kerja membebankan bersama imbuhan yang rendah menyebabkan bidang ini kurang menjadi pilihan manusia.

4. Juruteknik pelbagai bidang


Teknologi AI memerlukan penyelenggaraan berkala untuk beroperasi. Jadi, kehadiran jurutenik amat diperlukan oleh majikan.

Baik dari sektor elektronik, mekanik dan sebagainya, pekerja dalam bidang ini mampu memperbaiki atau menambah baik sistem AI.

5. Rawatan mental


Melibatkan emosi, pekerja manusia tidak mampu digantikan AI khususnya dalam bidang psikiatri atau psikologi.

Tidak mampu menangani masalah mental dengan menjadi penasihat atau kaunselor, pekerja bidang ini bolehlah menarik nafas lega.

6. Pembedahan


Walaupun pembedahan sudah boleh dijalankan secara robotik, namun operasi itu masih dikawal manusia di sebalik komputer.

Setakat ini, tenaga kerja manusia masih diperlukan. Tetapi, kita tidak boleh menjangka kepesatan teknologi yang mampu digapai AI.

Baca juga: Syamsul Yusof bakal lafaz talak pada 18 April ini